nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)
Tuesday, November 29, 2011
Tuesday, August 9, 2011
makan dgn tenang
Makan dengan tenang memiliki banyak keutamaan. Penelitian menunjukkan bahwa cara makan seperti ini akan menghindarkan tersedak, tergigit, kerja organ pencernaan pun jadi lebih ringan. Makanan pun bisa dikunyah dengan lebih baik, sehingga kerja organ pencernaan bisa berjalan sempurna. Makanan yang tidak dikunyah dengan baik akan sulit dicerna dan dalam jangka waktu lama bisa menimbulkan kanker di usus besar.
--------------------------------------------------------------------------------

Monday, August 1, 2011
hikmah bersahur
Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية
Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .
Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa. 2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.
Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.
Pengajaran Hadis:
i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Sunday, July 24, 2011
susu kambing, kurma dan madu
(susu kambing)-Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
Mengandungi bahan riboflavin
...
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, ekzema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan.Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
(Khasiat madu lebah) telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
(kurma)Selain dijadikan pemanis mulut, kurma juga membantu mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan potasium, kalsium dan zat besi yang penting untuk darah merah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Kurma juga sesuai dimakan untuk wanita yang mengalami kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsiumnya menambahkan air susu.

Wednesday, July 20, 2011
doa menngkis santau
Amalkan membaca ayat "bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim"(Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)
+ recite 3 quls + ayat kursi
3x tiap2 lepas solat utk sebatikan dlm badan dan baca 1x sebelum makan/minum di gerai atau restoran.Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu,dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.SELAMAT BERAMAL...

ucapan terbaik utk pengantin baru
Selalu kita dengar atau kita ucapkan kepada pengantin baru dengan ucapan seperti ini:
1) Selamat pengantin baru
2) Semoga kekal sepanjang hayat
3) Semoga bahagia ke anak cucu
Mari imbas kembali ke sejarah di zaman baginda Rasulullah,
Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
"Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).
Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
*Dipetik dari Blog MyJodoh
Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin.
Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah.
1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu:
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?
2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan.
Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.
Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita.
Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.
Wallahualam.....

Subscribe to:
Posts (Atom)
erti doa Solat Sunat Dhuha
¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..