nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)

Wednesday, October 31, 2012

assalamualaikum
dh lama tak tulis.. he he he
1/10 dgn 3/10/2012
saya hantar 2 opah pegi haji
nanti saya akan masukkn gambar yerr

Monday, September 3, 2012

bedak sejuk saya

saya ingin kongsikan cara buat bedak sejuk
 
bedak sejuk ni, sejuk je bila tempek kt muka =)
 


ini hasilnya, ambil 2-3 biji letak air
 
dh cair tempek di muka ya =)
 



munirah buat coklat

hari ini saya nak cerita aktiviti saya masa raya
 
saya tolong ummi buat coklat dlm cup kecil
 
seronok sangat dapat buat sendiri, dan dapat makan
 
tapi tak boleh makan banyak2 tau nnanti bolah rosak gigi.
 
 
 
dan ini cara2 memasukkan coklat dlm cup
 

selepas itu tunggu coklat beku dan  siap,
yg dah siap dah masuk dlm mulut he he he.
 


Thursday, July 12, 2012

hari nih hari jumaat
 esok hari sabtu
semalam kan hari khamis  hari lahir ummi =)
sayang ummi

munirah sama dengan ayah =) tarikh lahir he he he
bulan 9 nanti.



Thursday, June 28, 2012

koko kuma

hai kawan-kawan dah sarapan, jom sarapan dengan koko kurma sebab nya koko kurma sangat bagus untuk saya dan kawan-kawan..supaya kita mudah balajar dan pandai =)

key chain saya

hari ini hari jumaat... saya bangun pagi mandi, gosok gigi, syampu kepala =) pastu sarapan nasi goremg kampung ummi masak ..hi hi hi.. saya suka juga koko kurma =). semalam ummi buat key chain untuk saya..nak tengok ..jap jap

Wednesday, June 27, 2012

(^_^)

brooch warna warni

seronok nyer...buat brooch...warna warni..cantik nya warna merah...ummi buat...ummi kata bahaya sikit kena guna jarum..tapi tak pa nanti dah besar saya nak buat =) tapi saya suka gunting2 wah dapat saya buat bentuk yg saya suka (^_^)

Thursday, June 14, 2012

dari ummi

anak ummi harta yg tiada ganti...dari diri mu kecil, tapak kaki sebesar dua jari..itu saat yg sampai akhir hayat ummi akn ingat...bila dikau besar..moga dikau dlm perlindungan Allah s.w.t.

Monday, June 4, 2012

untuk anak ummi

moga anak ummi akn menjadi: 1. Dai’eyah (داعية) Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam. 2. A’limah (عالمة) Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya. 3. A’bidah (عابدة) Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid. 4. Khodimah (خادمة) Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat. 5. Murobbiyah (مربية) Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :) InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.

Friday, May 25, 2012

Monday, May 7, 2012

kenapa ummi syg kamu

ummi : Tahu tak kenapa ummi sayang sangat kamu? Anak : Sebab saya anak ummi kan? ummi : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. Anak : Apa tu ummi? ummi : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ummi nanti.. ... Anak : Mak! Janganlah... ummi : Jadi anak soleh ye..ummi perlukan doamu di sana nak..( lantas mengalirkan air mata cinta :) Ya Allah! Ya Rahmaan! Ya Rahiim! Ya Rabbul Jalil ... jadikanlah kami dan zuriat, anak-anak yang soleh dan juga solehah. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Friday, April 20, 2012

chef munirah

wah bestnyer buat kek =) dapat tahu, bahan2 untuk buat kek. saya suka tolong ummi di dapur dapat masak dan makan =)wah cantik dan sedap kek coklat...saya suka sangat. lain kali nak tolong ummi lagi... dari ummi: bila anak mahu tolong di dapur, dapat meringan kan kerja =)tapi kena bersesuaian dangan tugas yang di berikan , di dapur boleh terapkan belajar sambil memasak, penglibatan mereka dalam penyediaan makanan menjadikan mereka lebih berkeyakinan, yang penting utamakan keselamatan dan kebersihan. supaya dia akan ingat dan mempraktikkannya.

chef munirah

Saturday, April 7, 2012

Raihan = 10 Malaikat

Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga
Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Mungkar dan Nakir menyoal di dalam kubur
Roqib dan Atid catit kebaikan dan kejahatan

Izrail pula mencabut nyawa
Moga kita mati dalam Husnul Khotimah
Israfil pula meniup sangkakala
Itulah tanda dunia kiamat akhirnya

Sambil menyanyi kita hafal namanya
10 malaikat mari hafal namanya
Jibrail, Mikail, Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat mari hafal namanya
Pertama : Ganjaran di dunia. Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. 1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T . Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim) 3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W. Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari) 4. Al-Quran menjanjikan kebaikan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring.” Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan. Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Kedua : Ganjaran di akhirat 1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga. Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi) 2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong). Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).” (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud). 3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”. (Hadis Riwayat Tarmizi) http://fikrahhalaqah.com/kelebihan-orang-yang-menghafal-al-quran/

Thursday, April 5, 2012

buat ummi ayah

dari ummi : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya.

malaikat dan tugas

Tuesday, April 3, 2012

Ensiklopedia Muslim (موسوعة المسلم): Cara Mengambil Wudhu'

Ensiklopedia Muslim (موسوعة المسلم): Cara Mengambil Wudhu': Cara Melakukan Wudhu’ Tatacara berwudhu’ adalah bersamaan dengan Rukun Wudhu’. Rukun-rukun wudhu' Rukun wudhu' itu ada enam perkara:- ...

Tuesday, March 27, 2012

main puzzle


saya suka main puzzle, macam2 puzzle ummi ayah beli. setiap hari saya main. ada pelbagai kartun barney, mickey, ipin upin dan sponge bob squarepant ('',)

dari ummi:
1. teknik pengajaran dan pembelajaran.
2. meransang otak dengan kaedah dan teknik meneroka dan mengingat.
3. melatih kanak2 supaya sabar dan teliti.
4. baik untuk koordinasi tangan dan mata.
5. latihan berfikir dan menyelesaikan masalah.
6. mengasah kemahiran mena'akul iaitu dalam membuat pertimbangan secara logik.

Sunday, March 25, 2012

lukisan saya

petik sekuntum bunga

bila waktu petang saya dapat keluar rumah, saya suka petik dan siram pokok bunga. di rumah saya ada pokok bunga kertas yg cantik .

dari ummi:
kenali tumbuh2an yg tidak berbahaya. dari tumbuh2an kanak-kanak mengetahui warna dan jenis tumbuh2an. selain melatih sikap tolong menolong menjaga alam sekitar.

Wednesday, March 21, 2012

zoo taiping





saya di zoo taiping, dapat lihat macam2 binatang. ada yang besar dan ada yang kecil2 =)

moral;suka melihat gelagat haiwan ada yang garang dan ada yang manja=)

dari ummi;
pengalaman dan menerokai serta mengenali kehidupan haiwan. semestinya ada nilai murni di sebaliknya, sebagai contoh kasih sayangnya ibu haiwan tersebut terhadap anaknya.

Tuesday, March 20, 2012

mari kita berkebun

sy pernah tolong ummi, berkebun. dapat taman pokok rosel. rosel boleh buat air. sedap.....

moral: aktiviti berkebun, dapat kenal tumbuh2an ciptaan Allah.

dari ummi:
berkebun salah satu aktiviti untuk beinteraksi dengan kanak2, selain mendorong minat kanak2 mencintai persekitaran yang hijau dan bersih. dari menanam pokok dan melihat hasil nya, akan membentuk minda kanak2 menerokai proses tanaman tersebut. dari situ akan wujud sikap tolong-menolong, kreatif, rajin dan bersyukur =)

taman permainan


saya suka kan taman permainan, suka main gelongsor dan buaian. tiap2 hujung minggu biasanya ummi ayah akan bawa taman permaianan. di taman saya gembira main sepuasnya =)

moral; badan sihat, otak cergas, dapat belajar =)

dari ummi:
Kanak-kanak perlu bermain, dapat membentuk keyakinan diri, dan kretiviti. Aktiviti yang bersesuai dapat mengeluarkan peluh, ini membuatkan badan dan otak akan menjadi sihat. dan memudahkan mereka menerima apa mereka belajar nanti.

Sunday, March 18, 2012

Mengenggam Al Quran Dari Bayi



moga saya jadi seperti Darwish Adrian dan Darwisya Adrianna ...amin.....

moral:usaha yg bersungguh-sungguh, berdoa kepada Allah s.w.t, tawakkal moga Allah makbulkan... لااله الا الله La ilaha ill Allah .

dari ummi :
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa berniat untuk menghafal Al-Quran dan bersungguh-sungguh dan kemudian mati sebelum sempat menghafal (keseluruhannya) maka akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat bersama-sama dengan para hafiz Al-Quran"

ipin upin !



hai saya upin saya ipin he he he, saya suka upin ipin, upin ipin suka makan ayam macam saya juga ('',)

doa sebelum dan selepas makan

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim


moral:bila mkn kena guna tangan kanan dan baca Bismillah serta doa tau=)

dari ummi;
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

kucing miow...


Ini haiwan yg saya suka..miow miow...kucing lah ('',) , kucing ni comel, manja, pandai main dengan saya, ummi pun suka dengan kucing.. nama kucing ni, comel tiga-tiga ekor panggil nama yg sama. tapi....kucing ni dah hilang ( T _ T )takpe la mungkin nanti ummi cari lain...kena sabar.

moral:haiwan juga pandai manja dan beri kasih sayang ('',)Subhan Allah سبحان الله

dari ummi;
Mengurangkan Tekanan Darah

Dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Friday, March 16, 2012

raya


ini raya tahun kedua, lain kan, tahun lepas pakai topi he he he

ini raya pertama saya ('',) tak tau lagi minta duit raya, tak yah minta org bagi juga..

Thursday, March 15, 2012

di tempat belajar ummi ayah



Saya di tempat ummi dan ayah belajar dulu-dulu, sekarang saya pula dapat lihat sendiri ('',) memang best...POLITEKNIK UNGKU OMAR...

moral:ilmu penyuluh hidup. Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:

taman idaman


Ini taman kesukaan saya, suatu hari nanti saya ingin taman seperti ini di 'homeschool' saya ('',)

moral: ketenangan dan keseronokan melakukan aktiviti di taman.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:

kanak-kanak sukakan warna yg ceria, dan memberi imaginasi, ia memberi kesan2 positif dan terapi minda, contoh apabila mereka sedang sedih akan mula ceria dan gembira melihat warna seperti hijau dan merah jambu,sesuai degn alat permaianan tersebut=)

main bola


Saya suka main bola, saya ada bola warna hijau dan kuning. saya bermain dengan ayah di padang, seronok sangat. Saya berlatih baling dan tangkap bola, kalau dapat tangkap bola, ummi tepuk tangan cakap saya pandai('',)

moral:bersukan dan beriadah untuk cergas dan cerdas.Subhan Allah سبحان الله

dari ummi;
Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan.Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan.perkembangan motor kasar dengan bermain bola melibatkan aktiviti menendang,mengolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menangkap bola yang kecil dari jarak lebih jauh.

Wednesday, March 14, 2012

umo saya 1 taun ..


ini saya umo 1 taun..he he he...dah pan dai diri dan duduk....ummi kata 1 tahun 3 bulan bru leh jln..takpe..lambat asal boleh berjln..he he he

moral:bersabar dan bersemangat.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:

umur satu tahun sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya =)

Tuesday, March 13, 2012

saya umo 2hari


selepas ummi, bertarung nyawa kat bilik bedah, sy dilahir ceaserean. selmat, sempurna, sihat...syukur, moga saya jadi solehah ('',)...syukran ummi ayah..

moral:syukur di lahirkan sihat dan sempurna.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:
'tanyalah ustaz' sebuah rcgn yng amt bermakna, hari ini tentg menymbut kelahirn. apabila zuriat dilahirkan, bermakna itulh penymbung waris se2buah keluarga. zuriat itu akn di aznkn, seterusnya pd hari ketujuh berilah nama yng baik2, aqiqah kn bayi tersbut walaupun sunat besar fadhilatnya, ustaz melrg sama sekali majlis cukur jambul hukumnya bidaah.tetapi cukur rambut bayi tersebut seeloknya di botakkn dan rambut tersebut akn di timbang, kemudian ditukar dgn sm berat emas, dan akn di sedekah kpd fakr miskin, satu pekara yng baik di lakukan juga menyuap bayi tersebut sedikit air zam2, madu, dan buah2an sp kurma kismis sebaiknya di letakkn pada lelangit bayi supy bayi dpt menghsp manis buah tersebut. mudah2an menjadi se2org yng manis tutur kata, sopan bicara, akhlak mulia, dan brckp lemah lembut. itulh peribadi ank soleh solehah yng syng pd diri, ibubapa, agama dan negra.

Sunday, March 11, 2012

apa itu senyum

15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN



Sumber : Kisahwanita.com

Thursday, March 8, 2012

amalkan..

cahaya sinar hati ummi


Inlah cahaya sinar hati ummi, nur munirah makna nama anak ummi'cahaya bersinar' . moga ank ummi punya sahsiah terpuji, ank solehah. walau macam2 karenah, tetap tetap syg. luv u. doakan kn ummi ya bila ummi tiada =)

DOA DARI SEORANG ISTERI

Thursday, March 1, 2012

amalan hari Jumaat

Ayuh amalkan sunnah-sunnah pada Hari Jumaat!

✔ Ingat ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم, amalkan sunnahnya ツ. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Dialu-alukan untuk share. JazakumuLLah a'nna khairal jaza' ツ.


Oleh: Fattabiouni Malaysia

Wednesday, February 29, 2012

Doa Dhuha (UNIC) Official

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.: Isteri-isteri Rasulullah : Khadijah binti Khuwailid r.a. Saudah binti Zum'ah r.a. Aisyah binti Abu Bakar r.a. Hafsah binti Omar Al-Khattab...

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.: Isteri-isteri Rasulullah : Khadijah binti Khuwailid r.a. Saudah binti Zum'ah r.a. Aisyah binti Abu Bakar r.a. Hafsah binti Omar Al-Khattab...

erti doa Solat Sunat Dhuha

¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..