nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 27, 2012

main puzzle


saya suka main puzzle, macam2 puzzle ummi ayah beli. setiap hari saya main. ada pelbagai kartun barney, mickey, ipin upin dan sponge bob squarepant ('',)

dari ummi:
1. teknik pengajaran dan pembelajaran.
2. meransang otak dengan kaedah dan teknik meneroka dan mengingat.
3. melatih kanak2 supaya sabar dan teliti.
4. baik untuk koordinasi tangan dan mata.
5. latihan berfikir dan menyelesaikan masalah.
6. mengasah kemahiran mena'akul iaitu dalam membuat pertimbangan secara logik.

Sunday, March 25, 2012

lukisan saya

petik sekuntum bunga

bila waktu petang saya dapat keluar rumah, saya suka petik dan siram pokok bunga. di rumah saya ada pokok bunga kertas yg cantik .

dari ummi:
kenali tumbuh2an yg tidak berbahaya. dari tumbuh2an kanak-kanak mengetahui warna dan jenis tumbuh2an. selain melatih sikap tolong menolong menjaga alam sekitar.

Wednesday, March 21, 2012

zoo taiping





saya di zoo taiping, dapat lihat macam2 binatang. ada yang besar dan ada yang kecil2 =)

moral;suka melihat gelagat haiwan ada yang garang dan ada yang manja=)

dari ummi;
pengalaman dan menerokai serta mengenali kehidupan haiwan. semestinya ada nilai murni di sebaliknya, sebagai contoh kasih sayangnya ibu haiwan tersebut terhadap anaknya.

Tuesday, March 20, 2012

mari kita berkebun

sy pernah tolong ummi, berkebun. dapat taman pokok rosel. rosel boleh buat air. sedap.....

moral: aktiviti berkebun, dapat kenal tumbuh2an ciptaan Allah.

dari ummi:
berkebun salah satu aktiviti untuk beinteraksi dengan kanak2, selain mendorong minat kanak2 mencintai persekitaran yang hijau dan bersih. dari menanam pokok dan melihat hasil nya, akan membentuk minda kanak2 menerokai proses tanaman tersebut. dari situ akan wujud sikap tolong-menolong, kreatif, rajin dan bersyukur =)

taman permainan


saya suka kan taman permainan, suka main gelongsor dan buaian. tiap2 hujung minggu biasanya ummi ayah akan bawa taman permaianan. di taman saya gembira main sepuasnya =)

moral; badan sihat, otak cergas, dapat belajar =)

dari ummi:
Kanak-kanak perlu bermain, dapat membentuk keyakinan diri, dan kretiviti. Aktiviti yang bersesuai dapat mengeluarkan peluh, ini membuatkan badan dan otak akan menjadi sihat. dan memudahkan mereka menerima apa mereka belajar nanti.

Sunday, March 18, 2012

Mengenggam Al Quran Dari Bayi



moga saya jadi seperti Darwish Adrian dan Darwisya Adrianna ...amin.....

moral:usaha yg bersungguh-sungguh, berdoa kepada Allah s.w.t, tawakkal moga Allah makbulkan... لااله الا الله La ilaha ill Allah .

dari ummi :
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa berniat untuk menghafal Al-Quran dan bersungguh-sungguh dan kemudian mati sebelum sempat menghafal (keseluruhannya) maka akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat bersama-sama dengan para hafiz Al-Quran"

erti doa Solat Sunat Dhuha

¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..