anak ummi harta yg tiada ganti...dari diri mu kecil, tapak kaki sebesar dua jari..itu saat yg sampai akhir hayat ummi akn ingat...bila dikau besar..moga dikau dlm perlindungan Allah s.w.t.
nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)
Thursday, June 14, 2012
dari ummi
anak ummi harta yg tiada ganti...dari diri mu kecil, tapak kaki sebesar dua jari..itu saat yg sampai akhir hayat ummi akn ingat...bila dikau besar..moga dikau dlm perlindungan Allah s.w.t.
Monday, June 4, 2012
untuk anak ummi
moga anak ummi akn menjadi:
1. Dai’eyah (داعية)
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.
2. A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.
3. A’bidah (عابدة)
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.
4. Khodimah (خادمة)
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.
5. Murobbiyah (مربية)
Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)
InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.
Friday, May 25, 2012
Monday, May 7, 2012
kenapa ummi syg kamu
ummi : Tahu tak kenapa ummi sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak ummi kan?
ummi : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu ummi?
ummi : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ummi nanti..
... Anak : Mak! Janganlah...
ummi : Jadi anak soleh ye..ummi perlukan doamu di sana nak..( lantas mengalirkan air mata cinta :)
Ya Allah! Ya Rahmaan! Ya Rahiim! Ya Rabbul Jalil ... jadikanlah kami dan zuriat, anak-anak yang soleh dan juga solehah. Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Friday, April 20, 2012
chef munirah
wah bestnyer buat kek =) dapat tahu, bahan2 untuk buat kek. saya suka tolong ummi di dapur dapat masak dan makan =)wah cantik dan sedap kek coklat...saya suka sangat. lain kali nak tolong ummi lagi...
dari ummi:
bila anak mahu tolong di dapur, dapat meringan kan kerja =)tapi kena bersesuaian dangan tugas yang di berikan , di dapur boleh terapkan belajar sambil memasak, penglibatan mereka dalam penyediaan makanan menjadikan mereka lebih berkeyakinan, yang penting utamakan keselamatan dan kebersihan. supaya dia akan ingat dan mempraktikkannya.
Monday, April 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
erti doa Solat Sunat Dhuha
¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..





