nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 15, 2012

taman idaman


Ini taman kesukaan saya, suatu hari nanti saya ingin taman seperti ini di 'homeschool' saya ('',)

moral: ketenangan dan keseronokan melakukan aktiviti di taman.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:

kanak-kanak sukakan warna yg ceria, dan memberi imaginasi, ia memberi kesan2 positif dan terapi minda, contoh apabila mereka sedang sedih akan mula ceria dan gembira melihat warna seperti hijau dan merah jambu,sesuai degn alat permaianan tersebut=)

main bola


Saya suka main bola, saya ada bola warna hijau dan kuning. saya bermain dengan ayah di padang, seronok sangat. Saya berlatih baling dan tangkap bola, kalau dapat tangkap bola, ummi tepuk tangan cakap saya pandai('',)

moral:bersukan dan beriadah untuk cergas dan cerdas.Subhan Allah سبحان الله

dari ummi;
Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan.Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan.perkembangan motor kasar dengan bermain bola melibatkan aktiviti menendang,mengolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menangkap bola yang kecil dari jarak lebih jauh.

Wednesday, March 14, 2012

umo saya 1 taun ..


ini saya umo 1 taun..he he he...dah pan dai diri dan duduk....ummi kata 1 tahun 3 bulan bru leh jln..takpe..lambat asal boleh berjln..he he he

moral:bersabar dan bersemangat.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:

umur satu tahun sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya =)

Tuesday, March 13, 2012

saya umo 2hari


selepas ummi, bertarung nyawa kat bilik bedah, sy dilahir ceaserean. selmat, sempurna, sihat...syukur, moga saya jadi solehah ('',)...syukran ummi ayah..

moral:syukur di lahirkan sihat dan sempurna.Alhamdulillah الحمد لله

dari ummi:
'tanyalah ustaz' sebuah rcgn yng amt bermakna, hari ini tentg menymbut kelahirn. apabila zuriat dilahirkan, bermakna itulh penymbung waris se2buah keluarga. zuriat itu akn di aznkn, seterusnya pd hari ketujuh berilah nama yng baik2, aqiqah kn bayi tersbut walaupun sunat besar fadhilatnya, ustaz melrg sama sekali majlis cukur jambul hukumnya bidaah.tetapi cukur rambut bayi tersebut seeloknya di botakkn dan rambut tersebut akn di timbang, kemudian ditukar dgn sm berat emas, dan akn di sedekah kpd fakr miskin, satu pekara yng baik di lakukan juga menyuap bayi tersebut sedikit air zam2, madu, dan buah2an sp kurma kismis sebaiknya di letakkn pada lelangit bayi supy bayi dpt menghsp manis buah tersebut. mudah2an menjadi se2org yng manis tutur kata, sopan bicara, akhlak mulia, dan brckp lemah lembut. itulh peribadi ank soleh solehah yng syng pd diri, ibubapa, agama dan negra.

Sunday, March 11, 2012

apa itu senyum

15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN



Sumber : Kisahwanita.com

erti doa Solat Sunat Dhuha

¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..