nama saya Nur Munirah bermaksud cahaya bersinar...slm perkenalan ('',)
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, June 28, 2012

koko kuma

hai kawan-kawan dah sarapan, jom sarapan dengan koko kurma sebab nya koko kurma sangat bagus untuk saya dan kawan-kawan..supaya kita mudah balajar dan pandai =)

key chain saya

hari ini hari jumaat... saya bangun pagi mandi, gosok gigi, syampu kepala =) pastu sarapan nasi goremg kampung ummi masak ..hi hi hi.. saya suka juga koko kurma =). semalam ummi buat key chain untuk saya..nak tengok ..jap jap

Wednesday, June 27, 2012

(^_^)

brooch warna warni

seronok nyer...buat brooch...warna warni..cantik nya warna merah...ummi buat...ummi kata bahaya sikit kena guna jarum..tapi tak pa nanti dah besar saya nak buat =) tapi saya suka gunting2 wah dapat saya buat bentuk yg saya suka (^_^)

Thursday, June 14, 2012

dari ummi

anak ummi harta yg tiada ganti...dari diri mu kecil, tapak kaki sebesar dua jari..itu saat yg sampai akhir hayat ummi akn ingat...bila dikau besar..moga dikau dlm perlindungan Allah s.w.t.

Monday, June 4, 2012

untuk anak ummi

moga anak ummi akn menjadi: 1. Dai’eyah (داعية) Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam. 2. A’limah (عالمة) Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya. 3. A’bidah (عابدة) Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid. 4. Khodimah (خادمة) Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat. 5. Murobbiyah (مربية) Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :) InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.

erti doa Solat Sunat Dhuha

¸. ♥ titipan doa solat Dhuha Ya ALLAH..sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikanMu,... keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu Ya ALLAH,jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..dan jika di dalam bumi keluarkanlah..jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. Amin..Ya Rabbal Alamin..