
Saya suka main bola, saya ada bola warna hijau dan kuning. saya bermain dengan ayah di padang, seronok sangat. Saya berlatih baling dan tangkap bola, kalau dapat tangkap bola, ummi tepuk tangan cakap saya pandai('',)
moral:bersukan dan beriadah untuk cergas dan cerdas.Subhan Allah سبحان الله
dari ummi;
Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan.Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan.perkembangan motor kasar dengan bermain bola melibatkan aktiviti menendang,mengolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menangkap bola yang kecil dari jarak lebih jauh.
No comments:
Post a Comment